Rabu, 30 Ogos 2017

Remaja ditahan selepas melempar mercun di luar stadium selepas perlawanan akhir bola sepak

THE MALAYSIAN TIMES

 
 
KUALA LUMPUR: Seorang remaja ditahan polis kerana melempar mercun di luar Stadium Shah Alam selepas tamat perlawanan akhir acara bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Thailand dalam memburu pingat emas.
 
Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, remaja lelaki tiu ditahan setelah melempar mercun di luar stadium selepas penyokong meninggalkan stadium.
 
“Ini adalah pengajaran kepada sesiapa yang berfikir bahawa mereka boleh terlepas. Kami masih memantau dan akan berterusan sehingga esok (Rabu) pagi,” katanya.
 
Mazlan berkata, selain daripada penangkapan itu, tidak ada lagi insiden yang tidak diingini berlaku semasa perlawanan.
 
Penyokong telah diberi amaran sebelum perlawanan akhir itu bermula bahawa polis tidak akan bertolak ansur dengan apa-apa bentuk provokasi dan akan mengambil tindakan segera terhadap sesiapa yang cuba menimbulkan masalah.
 
Amaran itu berlaku selepas dua penyokong Myanmar cedera dalam pergaduhan selepas perlawanan dengan Malaysia pada malam Isnin.
 
Lelaki itu didakwa dipukul di tempat parkir kereta di Stadium Shah Alam pada tengah malam.
Kedua-duanya dibawa ke Hospital Shah Alam untuk rawatan.
 
Mazlan berkata lagi, tiga lelaki warga tempatan berusia awal 20-an telah ditangkap atas kejadian itu.
 
 

Tiada ulasan: