Selasa, 29 Ogos 2017

Rafizi Sahkan Amanah Setaraf Hindraf, Hanya Dibenar Bertanding 2 Kerusi Di Selangor






Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengesahkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali memandang rendah keupayaan parti Amanah apabila hanya dibenarkan bertanding dua kerusi sahaja di Selangor.

“Satu konfigurasi kerusi di Selangor yang disebut-sebut di bawah cadangan “satu lawan satu” yang diusahakan diantara KEADILAN dan PAS ini ialah KEADILAN bertanding 15 kerusi, DAP bertanding 15 kerusi, PAS bertanding 14 kerusi, PPBM bertanding 10 kerusi dan AMANAH bertanding 2 kerusi.

“Saya tahu perkara itu mustahil dicapai kerana Dato’ Seri Azmin tidak akan dapat meyakinkan DAP untuk menerima PAS di dalam kerajaan Selangor selepas ini dan beliau tidak akan dapat meyakinkan AMANAH untuk bertanding hanya 2 kerusi,”kata Rafizi dalam pendedahannya semalam.

Selanjutnya, sila baca “Isu PAS Punca PKR Terbelah Dua – Rafizi Ramli

Isu Amanah hanya dibenar bertanding dua kerusi di Selangor pernah didedahkan Mat Saman Kati dalam Facebooknya minggu lepas.

Menurutnya, tawaran Azmin kepada Amanah hampir sama dengan tawaran Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir kepada Hindraf.

“Mahathir offer kat Hindraf dua kerusi di Selangor. Azmin offer dua kerusi kat Amanah.
“Heran jugak. Sama standard ka? Mungkin kot..pasai sama-sama oren.

“Aku bukan nak gelak kat hangpa…tapi berpada-pada la bila mengutuk,”katanya.

Tiada ulasan: