Oleh Syed Mu'az Syed Putra
SHAH ALAM: PAS Terengganu dikatakan akan mengadakan rombakan
besar-besaran membabitkan calon yang bakal bertanding termasuk
menggugurkan beberapa wakil rakyatnya di negeri berkenaan sebagai
persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Menurut sumber Antarapos, Parlimen Kuala Terengganu merupakan kawasan
yang akan mengalami pengguguran wakil rakyat di tiga kerusi DUN.
Tiga penyandang yang dikatakan akan digugurkan itu adalah Dr. Syed
Azman Syed Ahmad Nawawi (Batu Burok), Mohd Abdul Wahid Endut (Wakaf
Mempelam) dan Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (Ladang).
Bagaimanapun Pesuruhjaya PAS Terengganu Datuk Husin Awang ketika
dihubungi Antarapos enggan memberikan sebarang komen berhubung perkara
itu.
"Yang itu tiada komen," katanya.
Mengulas berkenaan calon yang akan bertanding, beliau menjelaskan ia masih di peringkat perbincangan.
"Setakat ini kita baru senaraikan nama-nama calon, belum diputuskan lagi siapa yang akan menjadi calon.
"Kita berhasrat untuk menurunkan dan mengemukakan calon-calon baru," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan