OLEH ERMIZI MUHAMAD
KUALA LANGAT: Selangor menjadi contoh terbaik dalam
menguruskan sistem loji rawatan air negeri dengan memperkenalkan
inisiatif Off River Storage sebagai kaedah menangani pencemaran air
tadahan di loji rawatan.
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Selangor
(JPK-SAS), Ng Sze Han berkata, beberapa negeri di peringkat Persekutuan
mula mengaplikasikan kaedah sama sebagaimana dilaksanakan di negeri ini.
“Saya dimaklumkan negeri lain telah menghubungi konsultan dilantik
Kerajaan Selangor untuk laksanakan kaedah ini bagi projek loji rawatan
air negeri mereka.
“Ini membuktikan bahawa Selangor menjadi sebuah negeri Smart Selangor
seiring gagasan Smart State dengan mendahului negeri-negeri lain,”
katanya.
Beliau
berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mengadakan
tinjauan ke tapak lokasi pembangunan Loji Rawatan Labohan Dagang, di
sini pagi ini.
Hadir sama, Panel Jawatankuasa JPK-SAS dianggotai Ahli Dewan Negeri
Bukit Gasing, Rajiv Risyakaran; Ahli Dewan Negeri Ijok, Dr Idris Ahmad
dan Ahli Dewan Negeri Morib, Hasnul Baharuddin.
Kaedah Off River Storage (ORS) sebelum ini dibangunkan bagi menghubungkan aliran air dari Sungai Langat ke Kolam Pra-Rawatan.
Sze
Han berkata, pendekatan itu juga tidak memerlukan operasi loji rawatan
ditutup sekiranya berlaku pencemaran di aliran Sungai Langat dengan
bekalan air sedia ada dapat menampung kapasiti air untuk tempoh tiga
bulan.
“Saya yakin pembangunan projek ini dapat mengatasi masalah kekurangan air terawat khususnya di kawasan Selatan Selangor.
“Jika projek ini siap, loji ini akan menampung seluruh kawasan Kuala
Langat dan Semenyih tidak lagi tertumpu di kawasan ini sebaliknya fokus
kepada kawasan lain seperti Bangi dan Puchong,” katanya.=EZY=
Tiada ulasan:
Catat Ulasan