Khamis, 17 Ogos 2017

KL2017: Perenang berirama sumbang pingat perak kedua negara

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR:  Perenang berirama Malaysia, Lee Yhing Huey menambah kutipan perak buat pasukan negara dari acara solo bebas. Pingat emas dirangkul oleh perenang Singapura, Debbie Soh Li Fei, dengan gangsa menjadi milik seorang lagi perenang Singapura, Miya Yong Hsing.
 
Trio memanah wanita dan lelaki bagi acara compound berpasukan berjaya merangkul emas kedua dan ketiga negara pada temasya Sukan SEA ke-29 hari ini. 
 
Terdahulu trio wanita yang dibarisi Fatin Nurfatehah Mat Salleh, Nurul Syazhera Mohd. Asmi dan Saritha Cham Nong berjaya menumpaskan Vietnam pada aksi final apabila memperoleh 253 mata panahan berbanding lawan yang hanya mendapat 252 mata.
 
Hadir menyaksikan detik bersejarah itu ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
 
Kecemerlangan diteruskan dengan trio lelaki berpasukan yang menghadiahkan emas ketiga buat negara selepas berjaya menewaskan trio Singapura pada aksi final.
 
Trio yang dibarisi Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadhli Ruslan dan Kin Lip Lee memperoleh kiraan mata 228 berbanding pasukan lawan yang mendapat 222 mata.
 
Sementara itu, pasukan sepak takraw hari ini menyumbangkan satu pingat gangsa menerusi acara chinlone.
 
Berikut adalah kutipan pingat Malaysia setakat jam 4.30 petang ini. 
 
 

Tiada ulasan: