Selasa, 15 Ogos 2017

Keluarga Tun M Akan Cabar LHDN Di Mahkamah?

 Suara Kebenaran


Sumber yang rapat dengan keluarga Tun Dr. Mahathir menyebut, mereka akan mencabar siasatan yang dijalankan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ke atas beberapa syarikat yang dimiliki keluarga tersebut baru-baru ini.

Anak sulung bekas Perdana Menteri itu, Datin Paduka Marina Mahathir kelmarin menyatakan rasa ragu-ragu beliau terhadap siasatan tersebut yang berjalan hampir serentak, seolah-olah dirancang oleh kerajaan Najib.

Bagaimanapun, selaku Perdana Menteri yang menguasai kerajaan selama 22 tahun, Tun Mahathir diketahui mempunyai pengaruh yang kuat ke atas jabatan-jabatan kerajaan termasuk LHDN.

 Difahamkan, satu pertemuan dengan Ketua Pengarah LHDN akan diadakan di pejabat Tun Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya Isnin ini untuk mendapat gambaran lebih tepat apa sebenarnya yang berlaku.

Keputusan sama ada untuk mencabar siasatan yang dijalankan LHDN ke Mahkamah atau tidak, bergantung sepenuhnya kepada pertemuan yang difahamkan akan berlaku nanti.

Ramai pengamal undang-undang hebat dari DAP telah menawarkan diri untuk mewakili keluarga Tun Mahathir di Mahkamah sekiranya keputusan dibuat untuk mencabar siasatan yang dijalankan LHDN, diambil.

Tiada ulasan: