Isnin, 14 Ogos 2017

JAS sita kilang haram di Sungai Lembu

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
GEORGETOWN: Kilang haram memproses habuk kayu yang beroperasi atas tanah pertanian di Sungai Lembu di Penanti, disita dalam satu operasi Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang pagi tadi.
 
Pengarah JAS negeri, Rusnani Abdullah, berkata proses menyita dilakukan mengikut Seksyen 38 Akta Kualiti Alam Sekeliling berikutan pencemaran kilang terbabit.
 
"JAS negeri bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melawat kilang terbabit pagi tadi.
 
"Kita meneliti setiap dapur pembakaran habuk kayu untuk memastikan bara yang terhasil sudah terpadam sepenuhnya, sebelum meneruskan prosedur menyita premis berkenaan," katanya yang dipetik BH Online.
 
Jumaat lalu, Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh dan dua beranak yang juga pengarah dan pengurus sebuah kilang ditahan SPRM susulan siasatan terhadap operasi kilang haram di Sungai Lembu, Penanti.
 
Mereka direman lima hari mulai kelmarin, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009, selain suruhanjaya itu dikatakan sudah merampas beberapa dokumen berkaitan kes terbabit.
 
Susulan penahanan itu, SPRM akan memanggil Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin bagi membantu siasatan.
 
Terdahulu Guan Eng menyatakan bahawa kilang-kilang haram di negeri itu sedang menjalani proses pengesahan sejak DAP membentuk kerajaan negeri pada tahun 2008.
 
 

Tiada ulasan: