Selasa, 15 Ogos 2017

FIC: Isa Samad ditahan SPRM kes beli hotel di London dan Kuching

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi Felda Global Ventures, Tan Sri Mohd Isa Samad ditahan pihak Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi untuk membantu siasatan kes pembelian dua buah hotel di London dan Kuching, Sarawak oleh Felda Investment Corporations (FIC).
 
Beliau terlebih dahulu hadir ke ibu pejabat SPRM pada jam 2.40 petang tadi untuk memberi keterangan berhubung kes berkenaan.
 
"Kami yakin mempunyai asas kukuh membuat penahanan tersebut supaya dapat membantu melengkapkan siasatan kes tesebut," menurut  Pengarah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Azam Baki.
 
 

Tiada ulasan: