Bernama
MIRI – Seekor buaya sepanjang empat meter serta seberat
300kg ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Labau, Sibuti,
60km dari sini petang Sabtu.
Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Miri Kapten Mohamad Hazle Shah
Hamid berkata hasil maklumat yang diterima daripada Perbadanan
Perhutanan Sarawak (SFC), APM Miri bergegas ke lokasi kejadian dan tiba
di sana pada 2.30 petang.
“Buaya tersebut ditemui di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran
dengan anak sungai,” katanya dalam kenyataan ringkas di sini hari ini
Menurutnya, SFC telah meminta bantuan APM Miri untuk memindahkan
buaya berkenaan menggunakan lori tiga tan milik APM Miri untuk dibawa ke
Taman Buaya Miri di Kuala Baram.
Untuk rekod, Taman Buaya Miri yang juga mini zoo terletak 50km dari
pusat bandar raya, menempatkan pelbagai spesies buaya dan
binatang.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan