Ahad, 16 Julai 2017

Uniknya Rumah Pengasih Warga Prihatin

Shawaliah Hadir
 
Satu-satunya rumah pengasih yang bukan sahaja menerima golongan asnaf dan anak yatim piatu untuk menumpang teduh dan berkongsi kasih sayang, juga menerima remaja yang mempunyai masalah akhlak dan membentuk keperibadian mereka dengan cara tersendiri.

KAJANG: Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP), jika kita baca dan dengar sahaja nama ini, tanpa mengenalinya sudah tentu kita anggapnya seperti rumah pengasih yang lain, yang menjaga anak-anak yatim piatu dan yang golongan asnaf.

Namun, jika mengenali secara terperinci, RPWP adalah rumah pengasih yang unik dalam negara ini.

Mula beroperasi pada tahun 2005, tulang belakang rumah pengasih ini berlatang belakangkan anggota Pertubuhan Kebajikan & Dakwah islamiah Malaysia dan Persatuan Mencegah dadah Malaysia (PEMADAM).

rpwp1

Bukan sahaja membantu anak yatim yang tidak mempunyai tempat untuk berteduh, malah RPWP membantu remaja yang mempunyai masalah akhlak dan terjebat dengan pelbagai masalah sosial.

RPWP dalam memperbaiki akhlak remaja yang bermasalah, turut menjadikan pendidikan kemahiran seperti membaiki kereta dan jentera-jentera, bidang elektronik selain daripada memberikan pendidikan asas.

Menurut Pengasas dan pengetua Rumah Pengasih Warga Prihatin (RPWP) Dr Masjuki Mohd Musuri idea yang lain daripada lain ini digarap hasil daripada amalan perbincangan di kalangan tenaga pengajar.

“Idea itu datang secara berkumpulan, syura (perbincangan) setiap malam. Daripada syura itu setiap hari isu yng berlaku hari itu akan dibincangkan dan dari situ  kita dapat idea baru.

“Keduanya anak-anak yang tak bersekolah, bila hantar sekolah pun dia buat masalah. Bila kita hantar ke sekolah dia terpisah dari kita dan buat macam-mcam perkara, jadi lebih baik kita salurkan mereka ke bidang kemahiran,” katanya kepada Berita Daily ketika ditemubual secara eksklusif.


rpwp2

Seawal umur 16 tahun pun anak-anak di situ sudah pandai membaiki kereta dan mempunyai kemahiran kimpalan, sungguh kita tidak menyangka bukan. Tetapi mereka minat dengan perkara sebegitu.

Tidak cukup dengan itu, kemahiran menjahit dan IT juga diberikan kepada warga RPWP yang akhirnya menjadi nilai dalam pasaran kerja walaupun tidak menjadi pelajar universiti dan mempunyai sijil pengiktirafan.

“Akademi kita berdasarkan ‘problem based learning’. Kalau bidang yang dia laksanakan itu memerlukan matematik, dia akan diajar matematik cukup apa yang dia perlu dalam bidangnya. kalau dia perlukan IT, kita ajar IT cukup untuk keperluannya.

“Mesin, kamera kita semua berteknologi tinggi. Anak-anak kita yang orang luar upah contohnya dalam bidang cari gali minyak di laut, pelantar. Anak-anak kita ada yang berumur 19, 20 tahun, dua bulan duduk di tengah laut

“Budak-budak yang mengendalikan kren, anda tahu kalau di syarikat Cina, seorang pembantu sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman baru diizinkan bawa kren. Dan minima gaji bersih RM5,000.. apa yang kita nak takut dengan diploma yang gajinya RM 1,500 atau RM2,000,” tambah Masjuki.

Sehingga kini RPWP turut menjalankan perniagaan hasil tangan anak-anak dan tenaga pengajar seperti tudung, baju dan khidmat kontraktor selain khidmat suntingan video.

Jelas Masjuki walaupun kemahiran-kemahiran yang dimiliki oleh anak-anak di bawah kendalian RPWP tidak mempunyai sijil pengktirafan namun tiada sekalipun rasa bimbang terhadap masa depan anak-anak itu untuk berdaya saing pada masa akan datang.

Baginya semua ilmu yang diberikan, kemahiran yang dimiliki oleh mereka semua akan digunakan semula dalam RPWP untuk terus menjadi tenaga.

“”Anak-anak yang kita ambil ni, kita dah sesuaikan dengan kapasiti kita. Jadi bila mereka dewasa, kerja sudah menunggu mereka dan majikannya adalah kita sendiri.

“Kita latih dan kita ambil kembali mereka bekerja dalam RPWP,” ujarnya.

Kini, Masjuki boleh mengaggap rumah pengasih yang unik ini semakin mengorak langkah yang positif dari masa ke semasa dengan usaha gigih dan titik peluh semua tenaga pengajar yang sanggup menggadaikan semua harta mereka untuk membangunkan rumah ini.

Tiada ulasan: