Oleh Abdul Rahman Malik
[ULASAN] Meminggir semua. Pakatan Harapan (PH) sudah bersedia untuk memeta jalan menakluki Putrajaya. Kini masalah kerjasama sesama empat parti – DAP, PPBM, PKR dan Amanah – sudah selesai dan tiba hari pembuangan undi Pilihanraya Umum ke-14, PH semakin pasti boleh memerintah Malaysia.
Cuba
semak senarai persiapan PH. Pertama, soal masuk gelanggang menggunakan
satu manifesto dan logo yang sama. Beres. Kini tinggl soal prosedur
sahaja. Pendaftaran dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dijangka tiada
masalah.
PH sudah ada struktur parti yang lengkap dan logonya pun sudah siap.
Yang tinggal ialah perbincangan pengagihan kerusi dan PH sudah sedia
menghadapi Umno-BN, PAS dan mungkin ada parti-parti nyamuk lain.
Kedua,
struktur kepimpinan PH. Lengkap. Ketua Umum PH ialah Datuk Seri Anwar
Ibrahim. Maknanya jenama PH sebagai sebuah parti reformasi boleh
dituangkan imej politik Anwar.Beliau pun sudah dipersiapkan untuk menjadi perdana menteri Malaysia kelapan, bukan ketujuh kata Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lantas, rajuk Anwar hingga tidak mahu dicalonkan sebagai bakal jadi
Perdana Menteri Pembangkang sudah selesai. Sekarang beliau ialah ikon PH
– Ketua Umum.
Soalnya, benarkah demikian?
Nampaknya, dalam menghadapi Mahathir ini, Anwar tahu beliau tidak akan
menang. Anwar tolak mahu menjadi calon Perdana Menteri kerana tidak mahu
Mahathir diberi kuasa sebagai Pengerusi PH lengkap dengan kuasa
eksekutif.Bagaimanapun untuk memujuk Anwar, beliau diberi jolokan Ketua Umum PH. Jika difikirkan kekalutan di antara anak-anak buahnya dalam PKR pun, Anwar sebagai Ketua Umum PKR gagal menguruskannya kerana halangan jeriji besi penjara Sungai Buloh, bagaimana mengurus PH dari dalam penjara?
Anwar tidak mungkin berkesempatan memanggil mesyuarat PH ke dalam
penjara. Suka tidak suka tinggal Mahathir untuk menguruskan semua
mesyuarat PH. Kuasa eksekutif PH berada di tangannya. Rajuk dan protes
Anwar tidak menjadi kudis baginya.
Yang meragukan Anwar ada pemimpin PH masih belum faham implikasi
Mahathir berkuasa eksekutif penuh dalam PH. Yang pasti ketika beliau
mempengerusikan mesyuarat, pemimpin lain perlu menanti giliran bercakap,
termasuk Presiden PH, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Arah tuju dan kecenderungan keputusan PH terletak di tangan pengerusi. Justeru agak aneh apabila ada naib presiden PKR seperti Dr Xavier Jayakumar berkata, walaupun mantan perdana menteri itu meneraju PH, semua keputusan akan dibuat atas dasar konsensus.
Malah yang lebih naif ialah ada pemimpin Amanah yang berharap jaminan
Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa semua parti PH adalah sama taraf, adalah
benar.
Lantas Pengarah Komunikasinya, Khalid Samad yakin atas jaminan itu,
isu-isu penting yang belum mencapai kata sepakat akan diselesaikan
sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
"Kena akui pengagihan kerusi itu berbeza dengan PRU13 kerana 222 kerusi
hanya dibahagi tiga. Kini agihan kepada empat parti yang ada sedikit
beza, namun matlamat bersama untuk menentukan kita kekal bersatu.
"Dr Mahathir sendiri secara berkali-kali ketika mesyuarat menyebut
keadaan kita tak seperti BN. Kita adalah gabungan antara parti yang sama
taraf. Bukan ada parti yang dominan yang menentukan kesemuanya seperti
Umno.
"Kemungkinan besar mesej itu ditumpu kepada PPBM memandangkan mereka
biasa dengan keadaan Umno dominan. Apabila berada di dalam PH, jangan
bawa budaya yang sama dan ia diingatkan sendiri oleh Dr Mahathir," ujar
Khalid.
Soalnya, adakah PPBM sama taraf dengan PKR yang mempunyai 29 kerusi
berbanding PPBM satu? Atau, DAP yang ada 37 kerusi berbanding dengan
Amanah yang bawa lari enam kerusi PAS?
Bagi yang mengenali Mahathir tentu faham sikap “ketegak” beliau.
Mahathir pernah menentang presiden Umno, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj dan dipecat dari Umno. Ketika di luar Umno Mahathir menumpang platform PAS untuk menyerang Umno.
Mahathir pernah menentang presiden Umno, Tunku Abdul Rahman Putra al Haj dan dipecat dari Umno. Ketika di luar Umno Mahathir menumpang platform PAS untuk menyerang Umno.
Pengganti Tunku, Tun Abdul Razak Hussein kemudian membawanya masuk ke
dalam Umno dan meniti tangga kepimpinan hingga menjadi Naib Presiden.
Apabila Tun Abdul Razak meninggal dunia, penggantinya, Tun Hussein Onn,
memilih Mahathir menjadi Timbalannya.
Pada tahun 1981 Mahathir menggantikan Tun Hussein sebagai Perdana
Menteri dan memegang jawatan itu sehingga 2003. Sepanjang 22 tahun
memerintah itu, Mahathir memecat dua Timbalan Perdana Menterti – Tun
Musa Hitam dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tanpa perlu menggunakan kuasa mahkamah, Musa dan Anwar terkulai di
kerusi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Mahathir
cuma menggunakan kuasa pengerusi BN dan Umno sahaja. Kini Mahathir
Pengerusi PH.
Anwar boleh bertempik dari dalam penjara jangan ambil tindakan politik
ini dan itu, tetapi selagi Mahathir pengerusi PH, suara Anwar akan
tenggelam.
Satu
isu menarik diperhatikan ialah bagaimana isu pengagihan kerusi di
kalangan empat parti ini akan dilakukan. Dalam pilihanraya umum 1999,
PAS adalah parti paling baik hati. Demi simpati dan kagum dengan
kepimpinan Anwar ia banyak berkorban kerusi tradisinya. PKR (ketika itu
Parti Keadilan Negara) menang lima kerusi atas ehsan PAS yang membantu
sepenuh hati.
Bagaimanapun ‘parti baik hati’ itu tidak lagi bersama PH untuk
meminjamkan kekuatan jentera pilihanrayanya. Penggantinya, Amanah, lebih
berlagak parti intelektual dan profesional. Ia bukan terbilang sebagai
parti kuat kerja.
Ia bergerak atas “restu dan teori-teori” pergerakan Islam seperti El
Nehda dari Tunisia. Teruk kepimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang
dikritiknya kerana dikatakan tidak inklusif pada bukan Islam dan wawasan
politiknya singkat. Rujukan mereka ialah pimpinan El Nehda, Racid
Ghanoushi.
Bagaimanapun
apabila pemimpin Tunisia itu melawat Malaysia minggu lalu, beliau
terkesima melihat bahawa demokrasi Malaysia adalah lebih majuberbanding
yang pernah dicapai oleh Tunisia sebelum dan selepas berlakunya Arab
Spring.
Pemimpin-pemimpin Amanah juga terkedu dengan kekaguman Rachid.
Dalam politik, apa yang Mahathir mahu, beliau mesti perolehi.
Bayangkan sebagai seorang perdana menteri pencen, beliau boleh merengek dan merajuk meninggalkan Umno kerana mahu presiden Umno, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan.
Bayangkan sebagai seorang perdana menteri pencen, beliau boleh merengek dan merajuk meninggalkan Umno kerana mahu presiden Umno, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan.
Beliau mahu Datuk Seri Najib mengganti Pak Lah. Namun apabila Najib
enggan mengikut telunjuknya bersandarkan realiti sosio-ekonomi dan
politik hari ini, Mahathir bukan sahaja keluar Umno malah menubuhkan
PPBM untuk membunuh Umno berserta Najib.
Apa Ketua Umum PH, Anwar Ibrahim boleh buat jika Mahathir sudah menetapkan sesuatu keputusan dalam mesyuarat PH?
Opsyen yang tinggal bagi Anwar mungkin mengarahkan PKR, keluar PH. Yang
dibimbangani ketika itu ramai pemimpin PKR sudah serasi dengan politik
ala-Mahathir dan cuma boleh menyambung duka Anwar di dalam penjara.
Yang benar mengenali watak politik Mahathir ialah Musa Hitam dan Anwar
Ibrahim. Kedua-duanya mengambil sikap berjiwa besar dan cuba bekerjasama
dengannya. Namun selagi beliau pengerusi eksekutif baik dalam Umno
aatau PH, kuasa adalah miliknya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan