Rabu, 19 Julai 2017

Pemimpin Pemuda Amanah didakwa kunci pejabat SPR

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Naib Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menyebabkan kegusaran awam dengan mengunci pagar utama pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada 23 Mei lalu.
 
Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin, 30, membuat pengakuan itu dan memohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Ab Rahman.
 
Berdasarkan kertas pertuduhan, Shazni didakwa merantai dan mengunci pagar hadapan pintu utama pejabat SPR, yang menghalang penghuni bangunan itu daripada menggunakan pintu terbabit sehingga menyebabkan kegusaran.
 
Dia dituduh melakukan kesalahan itu di pintu utama bangunan SPR, Presint 2, di sini, jam 11 pagi, pada 23 Mei lalu dan didakwa mengikut Seksyen 290 Kanun Keseksaan, yang boleh dihukum denda maksimum RM400.
 
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 31 Julai ini untuk sebutan semula kes.
 
 

Tiada ulasan: