KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini
mengulangi desakan Malaysia untuk mendapatkan keadilan bagi mangsa
tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine tiga tahun
lepas.
"Ia tetap menjadi keutaman kami untuk mendapatkan keadilan bagi
keluarga mereka yang terkorban. Kami akan meneruskan usaha dan mendakwa
pelaku perbuatan kejam yang melampau ini. Ini adalah satu tragedi yang
Malaysia tidak akan lupakan,” kata Najib melalui posting dalam laman
Twitter dan Facebook, hari ini.
Najib juga merakamkan ucapan takziah kepada keluarga yang terjejas ekoran tragedi itu.
"Pada hari ini, tiga tahun lalu, 298 orang yang tidak berdosa terkorban
apabila pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 ditembak jatuh. Kita
kehilangan 43 rakan kita sebagai rakyat Malaysia pada hari itu. Bagi
mereka yang kehilangan orang tersayang, ingatan kepada mereka tidak akan
luput.
"Malaysia berdiri teguh bersama anda,” kata beliau.
Pesawat MH17 yang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur
ditembak jatuh di ruang udara di timur Ukraine pada 17 Julai, 2014,
mengorbankan semua 298 orang yang menaiki penerbangan itu.
Mangsa tragedi ialah dari Belanda, Malaysia, Australia, Indonesia, Britain, Belgium, Jerman, Filipina, kanada dan New Zealand.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan