Isnin, 17 Julai 2017

Mukhriz nampak ada harapan dengan PAS Kedah

MALAYSIAKINI


Masih ada ruang buat Pakatan Harapan (HARAPAN) mencapai persefahaman dengan PAS Kedah, kata Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Kata bekas menteri besar Kedah itu berkata walaupun HARAPAN tidak mempunyai sebarang hubungan dengan PAS di peringat nasional keadaan di negeri berkenaan adalah berbeza.

"Tiada penyelesaian tunggal dalam politik. Ada orang percaya BERSATU tidak akan menjadi sebahagian daripada HARAPAN tetapi ia akhirnya berlaku," katanya dipetik Orienta Daily.

Mengenai kenyataan dibuat PAS Kedah mengenai cadangan mereka meletakkan calon di semua kerusi di Kedah, Mukhriz yang dijangka mengetuai usaha HARAPAN merampas negeri itu iitu berkata, ia tidak boleh dibaca secara literal.

Malah katanya beliau yakin PAS Kedah akan mempertimbangkan cadangan bekerjasama dengan HARAPAN bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang di negeri itu.

Semalam Pesuruhjaya PAS Kedah Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi berkata parti itu akan bertanding di semua 36 kerusi dewan undangan negeri serta 15 kerusi parlimen pada PRU akan datang.

Bagaimanapun katanya keputusan muktamad tertakluk kepada kehendak PAS pusat.

Katanya keputusan itu dibuat dengan mengambil kira kewujudan blok Gagasan Sejahtera.

Mukhriz yang juga anggota dewan undangan negeri Ayer Hitam bercakap kepada media semasa menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri bagi kawasannya semalam.

Tiada ulasan: