Rabu, 19 Julai 2017

Anwar Dijangka Bebas Pada Jun 2018



Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang kini dihukum penjara lima tahun kerana jenayah liwat dijangka akan dibebaskan pada Jun 2018.

Anwar dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh pada 10 Februari 2015 selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan akhir terhadap kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Menurut amalan biasa, seseorang banduan akan dibebaskan selepas menjalani 2/3 dari tempoh hukumannya sekiranya banduan itu berkelakuan baik dalam penjara.

Pada tahun 1999, Anwar dihukum penjara selama enam tahun di Penjara Sungai Buloh selepas didapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksualnya.

Namun, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 kerana tempoh hukuman itu dikurangkan setelah berkelakuan baik.



Difahamkan Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad tahu mengenai pembebasan Anwar itu, sebab itu beliau menjadikan isu Anwar salah satu isu utama Pakatan Harapan bagi menghadapi PRU 14.

Dr Mahathir berkata, selepas seminggu Pakatan Harapan membentuk kerajaan di Putrajaya, pihaknya akan memohon pengampunan diraja untuk membolehkan Anwar kembali aktif berpolitik.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang banduan tidak dibenarkan aktif berpolitik dalam tempoh lima tahun selepas pembebasannya.

“Kita akan tunggu perundangan untuk melakukannya, bukan serta-merta kerana perdana menteri yang mengambil alih perlu melakukan banyak perkara,” kata Dr Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat PKR.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: