Rabu, 28 Jun 2017

Tiada Campur Tangan Asing Dalam Isu 1MDB – BERSATU

Rafa Azmir

Tiada


Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Terengganu, Datuk Razali Idris tidak melihat wujudnya sebarang campur tangan asing dalam isu 1MDB.

Kini tiada bukti konkrit wujudnya campur tangan asing, sama ada oleh Amerika Syarikat, Switzerland, Singapura, Luxembourg atau juga negara-negara lain seantero dunia.

“Apa dilakukan oleh negara berkenaan ialah untuk melindungi pasaran dan sistem kewangan mereka daripada penipu wang.

“Dengan mengatakan usaha Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat itu sebagai cubaan Amerika Syarikat untuk mencampuri urusan dalam negara Malaysia, apakah kita juga tidak mencampuri urusan dalam negara mereka?

“Juga apakah kita mahu melihat ‘kecurian, rompakan dan pengubahan wang haram’ dengan jumlah keseluruhan AS$7 bilion itu hilang begitu sahaja. Bukankah ini wang rakyat yang sewajarnya dipulangkan kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, saman sivil DOJ, penutupan dua bank asing di Singapura dan hukuman terhadap pegawai bank terbabit, siasatan bank oleh pihak berkuasa Switzerland itu membuktikan kemungkinan wujudnya rangkaian pengubahan wang haram dana 1MDB.

“Malah, tindakan Suruhanjaya Penyeliaan Sektor Kewangan Luxembourg (CSSF) menghukum bank swasta Edmond de Rothschild kerana  kelalaian peraturan dalam hubungan dengan pengubahan wang haram membabitkan urusniaga 1MDB.

“Juga membuktikan ada yang tidak kena dengan 1MDB dan ini urusan negara mereka cuma membabitkan syarikat dari Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan: