Sabtu, 24 Jun 2017

Tahap Pemikiran Adun PKR, Bodoh Atau Sebaliknya?

Fuad Shahdan

Adun PKR

Semalam Adun Hutan Melintang dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) S. Kesavan telah dikejarkan ke Hospital Putrajaya kira-kira 10 jam selepas beliau melancarkan mogok lapar di perkarangan ibu pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya. Kesavan pada asalnya berhasrat mengadakan protes berkenaan selama 48 jam namun ternyata tahap kesihatan tidak membantu beliau untuk meneruskan hasrat berkenaan.

Apa yang dilakukan oleh Kesavan ini bukan sesuatu yang baru dalam bidang politik malah boleh disifatkan sebagai antara taktikal bantahan paling klasik yang wujud. Antara pemimpin utama dunia yang pernah melancarkan mogok seperti ini ialah Bapa Kemerdekaan India, Mahatma Gandhi.

Namun apa yang dilakukan oleh Gandhi itu ternyata terlalu besar dan tidak boleh dibandingkan dengan tindakan Kesavan. Gandhi melakukan protes terhadap kekejaman British, namun Kesavan pula melakukannya atas alasan bantahan terhadap tindakan SPR.

Kesavan mendakwa SPR gagal untuk menjawab beberapa isu termasuk apa yang didakwa beliau sebagai pemindahan dan pendaftaran pengundi yang bukan bermastautin di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hutan Melintang. Kesavan juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan tindakan SPR yang enggan menerima 200 keping Borang Bantahan C yang terkait dengan dakwaan yang dikemukakan Kesavan.

Untuk rekod, ini bukan tindakan protes pertama yang dilakukan Kesavan. Sebelum ini pada 9 Jun lalu beliau melakukan perkara sama dengan membawa tilam dan bantal memulakan mogok lapar untuk mendesak Pengerusi SPR menerima bantahan yang dikemukakan beliau.

Apa yang dilakukan Kesavan ini merupakan satu perbuatan sia-sia yang tidak memberikan sebarang kesan terhadap bantahan yang dikemukakan. Ternyata Kesavan dilihat lebih gemar memainkan sentiment simpati untuk meraih sokongan dan menunjukkan kepada kawasan Hutan Melintang bahawa beliau merupakan wakil rakyat yang sentiasa berjuang untuk kepentingan semua.

Sewajarnya daripada bertindak di luar dugaan sehingga menyusahkan banyak pihak, Kesavan seharusnya mengemukakan bantahan mengikut saluran yang telah disediakan. Mengemukakan borang bantahan kepada Pengerusi SPR juga bukanlah satu langkah yang perlu memandangkan pegawai-pegawai lain di SPR juga mempunyai keupayaan untuk menerima dan membuat penilaian terhadap bantahan yang dikemukakan.

Tindakan yang diambil Kesavan ini boleh dianggap sebagai jalan pintas meraih simpati namun berakhir dengan tragik apabila protes yang dirangka terpaksa dibatalkan atas faktor kesihatan.
Kesavan sewajarnya berfikir panjang sebelum membuat apa-apa keputusan dalam melaksanakan protes sebegini. Sekurang-kurangnya jika beliau tidak mempedulikan orang lain sekalipun, Kesavan seharusnya menilai kemampuan dan tahap kesihatan diri sendiri sebelum membuat keputusan untuk meneruskan mogok lapar ini.

Apa yang berlaku ini mencerminkan sikap yang tidak profesional dalam kalangan segelintir pemimpin pembangkang, sebelum ini terdapat sekumpulan pemimpin pemuda dari Parti Amanah Negara (AMANAH) juga bertindak di luar dugaan dengan mengunci pagar ibu pejabat SPR.
Tindakan-tindakan seperti ini bukanlah mencerminkan sikap matang dalam berpolitik, tetapi hanya menjelmakan sikap seperti kanak-kanak kecil yang protes kerana tidak dibelikan barang permainan atau gula-gula.

Kini kita sudah mencecah ke era maju dengan sasaran negara untuk menjadi negara yang berpendapatan tinggi dan memiliki masyarakat bertamadun dan tindakan protes mogok lapar bukanlah ruang bantahan sesuai di era kini kerana terdapat banyak kaedah yang sebenarnya boleh dilaksanakan untuk memastikan segala rasa tidak puas hati dapat disalurkan dengan berhemah dan bijak.

Untuk Kesavan, didoakan segera pulih untuk terus melaksanakan amanah sebagai seorang wakil rakyat dan tidak lagi mengambil tindakan-tindakan yang boleh mencemar kesihatan sendiri.

Pengusaha mahu saman Caltex arah tutup stesen minyak tanpa sebab

 | June 20, 2017
Caltex menyerahkan notis penamatan kepada 15 pengusaha itu pada 15 Mei lalu dan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk mereka menamatkan operasi stesen minyak masing-masing.
VIDEO INSIDE
Sebahagian pengusaha stesen minyak Caltex terjejas bersama wakil PPIM menunjukkan notis tamat operasi.
Sebahagian pengusaha stesen minyak Caltex bersama wakil PPIM menunjukkan notis tamat operasi.
SHAH ALAM: Caltex Malaysia memberi tempoh 30 hari kepada 15 pengusaha stesen untuk menamatkan operasi mereka tanpa sebarang alasan munasabah, kata sekumpulan pengusaha stesen minyak itu.
Seorang pengusaha stesen minyak itu, Fauziah Ahmad Fadzil berkata, beliau bersama 14 pengusaha lain dari Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak berang dengan tindakan Caltex itu yang bakal membawa kerugian kepada mereka dan menyebabkan 200 pekerja hilang pekerjaan.
“Kami ingin menegaskan kami menjalankan perniagaan dengan bersungguh-sungguh dan kami tidak melakukan sebarang keingkaran untuk mendapat notis penamatan ini dari Caltex.
“Kami cuba berunding dengan Caltex, tetapi mereka tidak mahu berjumpa kami, walaupun beberapa kali kami cuba berjumpa dengannya,” katanya pada sidang media di stesen minyak Caltex miliknya di Jalan Subang, Shah Alam.
Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Setiausaha Agung Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia, Rofaie Mohd Hamdan dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Fauziah berkata, Caltex menyerahkan notis penamatan pada 15 Mei lalu dan memberi tempoh sehingga hujung bulan ini untuk mereka menamatkan operasi stesen minyak masing-masing, iaitu 6 hari selepas sambutan Aidilfitri.
Susulan itu, katanya, beliau bersama 14 pengusaha lain akan mengambil tindakan mahkamah terhadap Caltex kerana tidak berpuas hati dengan tindakan syarikat minyak itu.
Beliau turut mendakwa Caltex melanggar arahan kerajaan berkaitan pelaksanaan perkhidmatan layan diri di stesen minyak Caltex.
“Sepatutnya kos melaksanakan perkhidmatan layan diri, termasuk pemasangan alat-alat automasi dan penyelenggaraan alat tersebut ditanggung sepenuhnya syarikat minyak (Caltex) dan tidak dikenakan sebarang caj sama ada langsung atau tidak langsung kepada pengusaha stesen minyak.
“Kami mematuhi arahan kerajaan yang dikeluarkan kepada Caltex, malangnya Caltex tetap minta kami menanggung kos itu sendiri sehinggalah mereka menang kes di Mahkamah Persekutuan yang menyebabkan kami perlu membayar ganti rugi RM300,000 setiap pengusaha,” katanya.
Fauziah berkata, disebabkan kes itu, ada di kalangan mereka yang terpaksa membuat pinjaman atau mengadaikan rumah bagi membayar ganti rugi itu kepada Caltex.
Seorang daripada pengusaha terjejas, Fauziah Ahmad Fadzil bersama wakil PPIM pada sidang media di stesen minyak Caltex miliknya di Jalan Subang, Shah Alam.

Bagaimanapun, mereka terkejut 2 bulan selepas pembayaran itu, Caltex mengeluarkan notis penamatan operasi.
“Apakah ini bukan zalim namanya, terutama bila kami sibuk dengan musim perayaan? Kami membantah tindakan Caltex ini kerana kami pengusaha tua dan lama dalam perniagaan stesen minyak ini.
“Kalau diberhentikan tanpa sebab dalam masa terdekat ini, kami tidak lagi berpeluang menjalankan perniagaan disebabkan usia sudah lanjut,” katanya.
Seorang lagi pengusaha stesen minyak Caltex terjejas, Yong Sing Fatt, 56, hanya mampu menitiskan air mata mengenang nasibnya kerana stesen minyak itu diwarisi daripada bapanya.
“Tindakan Caltex ini terlalu keras, membebankan dan menekan kami.
“Notis penamatan ini juga tidak munasabah dan tidak boleh diterima serta tidak sah, memandangkan kami sudah lama jalankan perniagaan,” katanya yang sudah 15 tahun mengendalikan stesen minyak itu.
Dalam pada itu, PPIM mendesak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan tegas terhadap Caltex.
Nadzim menyifatkan ia tindakan “buli” yang perlu dihentikan segera.
“Ini buli, wajarkah setelah mereka (Caltex) dapat ganti rugi mereka hantar notis penamatan.
“Caltex ingkar arahan kerajaan dan kalau tak dapat selesai cara baik, saya seru kita semua bersatu menentang penindasan ini. Kita mohon KPDNKK ambil tindakan.”
Sementara itu, Caltex ketika dihubungi FMT hari ini berkata, syarikat itu akan mengeluarkan kenyataan kemudian, tetapi tidak dinyatakan bila.
* Nurul Azwa menyumbang kepada laporan ini.

Tiada ulasan: