Sabtu, 24 Jun 2017

'Semua terima wang dari BN, itulah politik'

 

Tidak salah MIC menerima wang daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang juga pengerusi BN, kata bendahari parti itu Datuk Seri S Vell Paari.

“Semua parti komponen menerima wang daripada BN, itulah politik,” katanya.

Malah, katanya, amalan menerima wang untuk sesebuah program telah berlangsung sejak era perdana menteri sebelum ini, termasuk ketika pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad.

Vell Paari mengulas dakwaan laman pembocor maklumat Sarawak Report bahawa MIC menerima kira-kira RM19 juta antara 2012 dan 2014.

Bercakap kepada Malaysiakini, Vell Paari berkata wang yang diterima diberikan kepada MIC, bukan pemimpin parti itu.

Ia juga, katanya, diisytiharkan dalam laporan tahunan parti serta diaudit.

Justeru, katanya, tindakan Sarawak Report untuk mencemarkan namanya telah menyerlahkan usaha perdana menteri membantu MIC dan masyarakat India.


Tiada ulasan: