Isnin, 19 Jun 2017

Selangor Telah Menjana 48.3% Peluang Pekerjaan Di Malaysia


Oleh Dr. Dzulkefly Ahmad

1. Sejak 2014, peluang kerja di Negeri Selangor telah meningkat melebihi 300,000 pekerjaan.

2. Pembabitan wanita dan pekerja berkemahiran tinggi dalam pasaran kerja lebih baik di Negeri Selangor berbanding seluruh Malaysia.

3. Maklumat rasmi terbaru daripada Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan, bahawa antara 2014 hingga 2016, peluang kerja di Negeri Selangor meningkat sebanyak 305,300 pekerjaan, iaitu daripada 2,912,300 pekerjaan dalam 2014 kepada 3,217,600 pekerjaan pada 2016.

4. Pada tempoh sama, peluang kerja di Malaysia secara keseluruhannya menaik sebanyak 631,600 pekerjaan, bermakna pertumbuhan 305,300 pekerjaan di Negeri Selangor mewakili hampir separuh, atau 48.3 peratus daripada keseluruhan peningkatan peluang kerja di Malaysia antara 2014 hingga 2016.

5. Wanita mencatat prestasi yang memberangsangkan dalam pertumbuhan pekerjaan di Negeri Selangor, yang mana mereka telah mengisi lebih separuh atau 55 peratus pekerjaan baharu di negeri Selangor berbanding hanya 40 peratus pekerjaan baharu di seluruh negara.

6. Pembabitan wanita dalam tenaga kerja di negeri Selangor meningkat daripada 40.3 peratus pada 2014 kepada 41.7 peratus pada 2016. Ini bermakna, apabila peluang kerja di Negeri Selangor berkembang, pembabitan wanita dalam pasaran kerja semakin meluas.

7. Selangor menyaksikan lebih ramai pekerja berkemahiran tinggi seperti pengurus, profesional dan juruteknik memasuki pasaran pekerjaan.

8. Peluang kerja berkemahiran tinggi di Negeri Selangor turut meningkat melebihi 16 peratus dari 2014 hingga 2016, berbanding peningkatan nasional sebanyak 13.5 peratus dalam tempoh sama.
9. Menjelang 2016, hampir 40 peratus daripada 3.2 juta tenaga kerja di Negeri Selangor disifatkan sebagai berkemahiran tinggi.

Apabila Pakatan Harapan memerintah Persekutuan Malaysia nanti, maka kita akan perkukuhkan dasar-dasar dan tadbir-urus yg lebih kompeten, telus dan berkeamanahan, bagi menjamin Kemakmuran negara dan kesejahteraan rakyat.

*Dr. Dzulkefly Ahmad, Pengarah Strategi Amanah, Parti Amanah Negara

Tiada ulasan: