Khamis, 22 Jun 2017

RCI 1MDB pun kena tubuh juga



 
Oleh Ustaz Idris Ahmad


BAGUSLAH jika kabinet setuju hendak tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)  bagi menyiasat kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sekitar 1980-an dan 1990-an.

Penubuhan RCI ini akan membolehkan siasatan terperinci yang lebih menyeluruh dapat dilakukan berdasarkan lunas-lunas perundangan dan dilindungi (immunity) di bawah Akta 119.

Dalam masa yang sama, RCI untuk 1MDB pun perlu ditubuh juga. Sikap PAS daripada awal lagi supaya RCI ditubuhkan untuk siasat 1MDB. Isu 1MDB yang tidak berkesudahan sehingga TS Muhyiddin, DS Shafei Afdal dan DS Mukhriz terpelanting dalam kerajaan dan parti. Pejabat SPRM, Pejabat Peguam Negara bertukar orang.

Pihak DS Najib dan anggota kabinet lebih sibuk untuk menjawab isu 1MDB, DOJ dan sebagainya. Sehingga hilang fokus untuk mengatasi kenaikan kos sara hidup rakyat.

  Bayangkan Santan segar pun sekilo RM10 . Sedangkan getah sekilo RM2.30. Harga barang- barang runcit di kampung sudah tidak menentu dan hilang kawalan, sehingga rakyat tertekan.

Stail dan budaya pihak kerajaan hanya berani hendak siasat skandal apabila seorang itu tidak berkuasa lagi, satu sikap yang tidak mendatangkan kebaikan kepada rakyat dan negara. Apakah RCI untuk 1MDB akan ditubuh apabila DS Najib tidak ada kuasa?. Sedangkan rakyat diajak berpolimik sama. Hancur negara dan rakyat jika stail ini berterusan. Sejahtera Bersama Islam

Tiada ulasan: