Ahad, 25 Jun 2017

Petang: Aliran trafik lancar

MALAYSIAKINI


Aliran trafik di lebuh raya utama dilaporkan bergerak lancar setakat pukul 4 petang ini.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), aliran trafik menghala ke utara dilaporkan hanya bergerak perlahan dari Slim River ke Sungkai akibat pertambahan bilangan kenderaan.

"Bagi Lebuhraya PLUS arah selatan pula, trafik lancar setakat ini," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.- Bernama


Tiada ulasan: