Jumaat, 23 Jun 2017

Perintah berkurung di ESSZONE dilanjutkan

Wartawan MalaysiaGazette
KOTA KINABALU – Perintah berkurung di perairan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) yang berakhir hari ini telah dilanjutkan dua minggu lagi mulai esok bagi fasa ke-68.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, tempoh perintah berkurung itu dikuatkuasakan mulai pukul 6 petang hingga 6 pagi sehingga 9 Julai ini melibatkan perairan bermula tiga batu nautika dari pantai di tujuh daerah.

Daerah-daerah itu ialah Tawau, Kunak, Lahad Datu, Semporna, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Jelas beliau, perintah itu diteruskan bagi memastikan tidak ada berlaku pencerobihan pengganas yang mengancam keselamatan penyelidik antarabangsa dan pelancongan di pulau-pulau peranginan daripada menjadi mangsa penculikan dari selatan Filipina.

Ini kerana, masih terdapat kumpulan yang bagi mendapatkan wang tebusan dan Kumpulan Abu Sayyaf masih cuba menceroboh,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: