Khamis, 22 Jun 2017

Penyokong IS Namakan Malaysia, Singapura Sebagai Jajah Takluk Akan Datang

Malaysian Access

IS


Akhbar The Straits Times (ST) dari Singapura melaporkan rancangan itu didedahkan melalui muat naik akaun media sosial milik penyokong IS.

Penganalisis, Jasminder Singh dalam kertas kajian diterbitkan S. Rajaratnam School of International Studies berkata ia memberikan matlamat perjuangan baharu kepada mereka yang bersimpati dengan kumpulan militan itu.

“Untuk pejuang asing yang datang ke rantau ini, ia memberikan mereka ilham mengenai tujuan mereka ke sini dan sasaran mereka,” Jasminder dipetik ST.

Negara lain dalam “wilayah” diimpikan IS itu ialah Indonesia, Filipina, Thailand, Myanmar dan Jepun.

Singapura kebelakangan ini meningkatkan tahap keselamatannya, di sebalik beberapa tangkapan melibatkan rakyat tempatan yang dikaitkan dengan sokongan kepada IS.

Mereka termasuk 2 anggota polis pengawal sempadan yang dipercayai sedang bersiap sedia ke Syria untuk menyertai peperangan di situ.

Minggu lalu, seorang pengasuh kanak-kanak, wanita berusia 22 tahun Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, yang mahu ke Syria untuk “syahid” ditahan pihak berkuasa Singapura.

Dalam kertasnya, Jasminder berkata serangan di Marawi, Mindanao yang dikaitkan dengan IS bakal memberikan suntikan baharu kepada kumpulan lain di rantai ini untuk memulakan langkah mereka.

Remy Mahzam, pengkaji di Pusat Kajian Antarabangsa Mengenai Keganasan dan Kekerasan Politik, berkata sebarang langkah mengumumkan sebuah peta “wilayah” baharu di rantau ini akan mendorong individu bersikap ekstremis melakukan serangan bersendirian, lebih-lebih lagi sekiranya mereka tidak dapat ke Syria.


Tiada ulasan: