Rabu, 21 Jun 2017

Pelobi DAP Cadang Dr Mahathir Calon PM Ganti Anwar





Pelobi DAP, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad dicalonkan semula sebagai Perdana Menteri bagi menggantikan calon DAP sebelum ini, Anwar Ibrahim.

Bagi Perdana Menteri, saya percaya Tun Dr Mahathir Mohamad adalah calon yang tepat. Saya telah memberikan semua alasan saya untuk menyokong pelantikannya dalam tempoh enam bulan yang lalu (yang telah mengecewakan ramai orang), jadi saya tidak akan mengatakan lebih lanjut tentang perkara ini,”kata Zaid dalam laman blog beliau pada Isnin.

Bagaimanapun, pelobi DAP itu mencadangkan agar jawatan Timbalan Perdana Menteri dibiarkan kosong untuk sementara waktu atas sebab-sebab tertentu.

“Untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, saya cadangkan dibiarkan kosong. Tidak ada keperluan undang-undang untuk mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri, walaupun kita telah dibiasakan mempunyai jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak beberapa tahun lalu.

“Ini sepatutnya menjadi isyarat yang kuat kepada Anwar bahawa tugas itu miliknya, tetapi proses yang sewajarnya mesti diikuti terlebih dahulu,”katanya.

Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Dr Mahathir sebelum dipecat oleh bekas perdana menteri itu.

Zaid turut mencadangkan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Menteri Minyak dan Tenaga.



Turut dinamakan Zaid; Datuk Seri Azmin Ali (Menteri Kewangan); Mohamad Sabu (Menteri Pertahanan); Lim Kit Siang (Menteri Pendidikan); Tony Pua (Menteri Perdagangan); Mohd Rafizi Ramli (Menteri MARA FELCRA, RISDA FELDA TABUNG HAJI) dan Liew Chin Tong (Menteri Pengangkutan).

Selain itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa (Menteri Hal Ehwal Semua Agama); Datuk Saifuddin nasution Ismail (Menteri Telekomunikasi, Sains dan Teknologi), Nurul Izzah Anwar (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Menteri Belia dan Sukan)

Zaid turut mencadangkan pengarah biro guaman PKR, Sivarasa Rasiah dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu.

Turut dicadangkan wakil PPBM memegang jawatan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Luar Negara, manakal wakil DAP memegang Menteri Wanita dan Kanak-kanak.

Dicadangkan juga Gobind Singh Deo dan Khalid Abdul Samad dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak dicalonkan memegang apa-apa jawatan oleh pelobi DAP itu.


Tiada ulasan: