Rabu, 21 Jun 2017

Mahathir & Daim Sedia Buktikan Rosmah Terima Cincin RM 116 Juta?

Suara Kebenaran

“Berani kerana benar” – itu ungkapan Tun Dr. Mahathir dalam akaun facebooknya bila mencabar Rosmah Mansor untuk menyamannya kerana berani mendakwa wanita pertama itu menerima cincin bernilai RM 116 juta dari Jho Low seperti yang disebut dalam laporan Department of Justice, United States.

Sudah tentu dengan berkata demikian, Tun mempunyai bukti kukuh bahawa Rosmah menerima cincin tersebut dari Jho Low atau beliau tidak akan berani mencabar Rosmah untuk menyamannya.

Maka tidak hairanlah bila kita difahamkan Tun dan sekutu kuatnya, Tun Daim Zainuddin akan mengadakan satu sidang media tidak lama lagi bagi menunjukkan bukti yang dikatakan itu.

Dalam sidang media ini nanti, rakyat akan lebih jelas tentang bagaimana yang Tun begitu yakin bahawa Rosmah menerima cincin dari Jho Low yang dikatakan itu sekalipun Rosmah tidak dikaitkan langsung dalam laporan DoJ.  Malah cincin itu dan beberapa barang kemas lain yang disebutkan dalam saman tersebut, juga bukan antara barang yang akan dirampas.

Malah ada sumber yang mengatakan, Tun akan menunjukkan sendiri cincin yang dimaksudkan dan mahu lihat jika Rosmah berani menafikannya selepas itu.

Kita semua tahu tentang Tun, beliau tidak akan bercakap/menuduh kalau tidak ada bukti.

Sebelum balik kampung tutup suis peralatan elektrik, tanggal palam – TNB

KUALA LUMPUR, 21 Jun: Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengeluarkan beberapa panduan penggunaan elektrik sebelum orang ramai balik ke kampung bagi menyambut Aidilfitri.
Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat), Kumpulan Komunikasi Korporat TNB. Datuk Ir Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata tip itu bersifat praktikal dan bijak tenaga untuk mereka yang pulang ke kampung.
Antara lain pengguna disaran memastikan suis peralatan elektrik yang tidak digunakan ditutup dan palamnya ditanggalkan bagi mencegah pengaliran arus elektrik.
Sekiranya perlu menyalakan lampu rumah bagi mengelak kecurian, pengguna disaran mempertimbang penggunaan alat pengukur masa supaya lampu tidak terpasang selama 24 jam.
TNB juga menekankan pentingnya soket berada dalam keadaan baik dan tidak dibebankan dengan penyesuai berlebihan.
“Pastikan peralatan elektrik yang perlu dipasang berada dalam keadaan baik dan motor di dalam peralatan elektrik bermotor berfungsi dengan lancar,” kata Mohd Aminuddin dalam satu kenyataan.
Syarikat utiliti itu juga menyarankan supaya gulungan wayar sambungan tambahan dibuka sepenuhnya bagi mengelak ia menjadi terlalu panas sewaktu digunakan.
TNB turut menyaran pengguna elektrik menguji Pemutus Litar Arus Baki (PLAB) sebaik-baiknya dilakukan sebulan sekali dengan merujuk laman web TNB di www.tnb.com.my atau di Facebook TNB Careline untuk mengetahui cara menguji PLAB.​​​​​–Bernama
- See more at: http://www.themalaysiantimes.com.my/sebelum-balik-kampung-tutup-suis-peralatan-elektrik-tanggal-palam-tnb/#sthash.DfenV0gv.dpuf

Tiada ulasan: