Khamis, 29 Jun 2017

Lepas insiden tampar, rezeki Mat Over bertambah

Mohd Haizal Yatiran
Pelakon, Mat Over.


KUALA LUMPUR – Selepas insiden tampar yang berlaku di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Mei lepas, Sulaiman Yassin atau Mat Over mengakui semakin banyak menerima tawaran berlakon dan menerima undangan berbanding sebelumnya.

Ketika ditemui MalaysiaGazette, beliau yang terkenal melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu bagaimanapun menjelaskan bahawa insiden tersebut bukanlah faktor utama.

“Ya, adalah bertambah. Tawaran berlakon sikit. Lepas raya ni pun ada penggambaran yang akan saya ikuti, cuma belum tandatangan kontrak lagi.

“Adalah beberapa tawaran lagi tapi insiden (tampar David Teoh) tu bukan faktor utama, sebab orang kenal abang pun daripada Pi Mai Pi Mai Tang Tu,” katanya.

Semalam, Mat Over bersama Pergerakan Pemuda UUMNO Pahang meraikan anak kelahiran Pahang yang hendak pulang ke kampung di Hentian Bas Pekeliling.

Mereka membekalkan makanan dan minuman untuk berbuka puasa di dalam bas selain memberikan wang raya. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: