Rabu, 21 Jun 2017

Ketua pencuri pembantu rumah sudah diberkas


 Ketua pencuri pembantu rumah sudah diberkas
Fitri dibawa ke balai polis Sungai Buloh. - Foto Aliff Syukri


SHAH ALAM - Pengasas produk D'Herbs, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menzahirkan rasa syukur apabila bibiknya yang merupakan ketua pencuri yang dikenali sebagai Fitri telah berjaya diberkas.

Menerusi satu perkongsian dalam Facebooknya, Aliff Syukri berkata ,"akhirnya polis ibu pejabat Sungai Buloh sudah menangkap Fitri bagi menjalankan siasatan lanjut terhadapnya,".

Rentetan perkembangan itu, Aliff Syukri berkata beliau berbesar hati untuk memberi ganjaran kepada tiga orang awam yang berjaya mengheret Fitri ke muka pengadilan.

"Buat adik beradik ini yang menolong saya, hari ini atas dasar persetujuan bersama saya akan memberi saguhati," kongsinya di Facebook.

Dalam pada itu, Aliff Syukri juga akan membuat jualan lelong tudung dan pakaian dibawah jenama beliau selepas Fitri berjaya ditangkap.

"Bermula hari ini sampai Jumaat, kita jual tudung serendah RM15 dan baju raya sehelai RM100, dua pasanag RM150," katanya.

Sementara itu, Aliff Syukri yang sebelum itu 'bersiar langsung' di Facebooknya berkongsi 'rasa sesalan Fitri' rentetan tidakannya mencuri.

"Saya menyesal datuk," kata Fitri.

Terdahulu, Aliff Syukri terpaksa tidur di hotel gara-gara trauma kerana barangan berharga dan wang tunai bernilai RM100,000 miliknya dikebas orang gaji.

Memetik laporan Mstar, usahawan itu sanggup menawarkan wang tunai sebanyak RM5,000 kepada orang ramai yang dapat memberi maklumat sehingga tertangkapnya empat orang gajinya itu yang sudah cabut lari.

Tawaran itu dikongsi beliau menerusi satu rakaman video berdurasi 6.14 saat yang dimuatnaik di laman Facebook miliknya 'Aliff Syukri Terlajak Laris' pada malam Ahad.

Kata Alif, dia termakan pujuk rayu pembantu rumahnya yang mencuri agar tidak melaporkan hal berkenaan kepada polis namun sebaliknya mereka telah melarikan diri.

"Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar polis. Saya termakan pujuk rayu atas dasar balas kesian sesama manusia. Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki iaitu suami salah seorang mereka," katanya.

Terdahulu, kisah 'Bibik Pencuri' menjadi perhatian dan bualan netizen apabila Aliff bertindak mendedahkan perkara tersebut menerusi 'live video' di sosial media miliknya pada Rabu lalu.

Tiada ulasan: