Khamis, 22 Jun 2017

Isu roboh resort, mahkamah batal saman Jamal

ANTAAPOS.COM

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini membatalkan saman yang dikemukakan pemilik Sekin Fisherman Village Hotel & Resort, Datuk Seri Jamal Md. Yunos terhadap Kerajaan Negeri Selangor dan dua lagi kerana menyita dan merobohkan sebahagian premis berkenaan.
 
Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memfailkan saman tersebut pada 28 Disember tahun lalu melalui syarikat Linear Active Sdn. Bhd. yang menjalankan perniagaan resort itu di Sekinchan selaku pihak plaintif.
 
Plaintif menamakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) dan Pejabat Daerah dan Tanah Sabak Bernam serta kerajaan Selangor sebagai defendan pertama hingga ketiga.
 
Hakim Syed Faisal Syed Amir memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan kesemua defendan untuk membatalkan saman yang dikemukakan plaintif.
 
Mahkamah turut memerintahkan plaintif membayar kos RM6,000 kepada kesemua defendan.
 
Menurut pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa tindakan menyita dan meroboh sebahagian resort terbabit adalah bersifat politik.
 
Oleh itu, plaintif antara lain menuntut ganti rugi sebanyak RM140,000 dan perintah menghalang defendan menutup operasi resort terbabit. 
 
 

Tiada ulasan: