Jumaat, 16 Jun 2017

Formula baharu penetapan harga minyak minggu depan

 
Menteri Hamzah Zainuddin meminta rakyat supaya bersimpati dengan pengusaha stesen minyak yang kerugian apabila harga minyak turun.


hamzah-zainuddin_shel_oil_6001


BATU KURAU: Satu formula bagi menentukan harga bahan bakar akan diumumkan minggu depan dalam usaha menstabilkan industri minyak negara, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan syarikat minyak minggu depan untuk membincangkan formula tersebut bagi kepentingan semua pihak.

“Rakyat kena simpati kepada pengusaha stesen minyak yang alami kerugian apabila harga minyak turun.

Pengusaha stesen minyak juga mengalami kerugian apabila harga minyak turun dan mereka merasakan menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Agihan Zakat Bank Rakyat kepada asnaf Parlimen Larut di sini, hari ini.

Pada majlis itu, seramai 1,530 asnaf menerima zakat dengan nilai RM150 setiap seorang.
Pada majlis itu, 1,530 asnaf menerima zakat dengan nilai RM150 setiap seorang.

Hamzah berkata ketika ini terdapat 3,500 stesen minyak beroperasi di seluruh negara.

Berkuatkuasa April lalu harga siling bahan api diumumkan setiap minggu bagi memastikan pengguna mengetahuinya serta mengelak daripada berlaku keraguan.

Sementara itu Hamzah juga berkata isu beras plastik yang tular baru-baru ini merupakan isu lama yang disensasikan semula.

“Mana ada beras plastik kerana Padi dan Beras Negara (Bernas) yang mengimport beras. Ia sepatutnya dihentikan kerana boleh mencetuskan kebimbangan rakyat,” katanya.

Tiada ulasan: