Khamis, 22 Jun 2017

Exco Bersatu lapor SPRM siasat salahlaku Mukhriz

BERNAMA

Mukhriz Mahathir Seorang Ahi Exco Pusat  Armada  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu ) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat kemungkinan pernah berlaku salah laku, penyelewengan dan salah guna kuasa melibatkan dua pemimpin tertinggi parti.

Mohamad Taufik Abas berkata laporan itu melibatkan tender pengilangan, pembekalan dan penghantaran kabel fiber optik antara syarikat Opcom Sdn Bhd yang dimiliki oleh Datuk Seri Mukhriz  Mahathir dan Telekom Malaysia Berhad (Telekom) pada 2003 ketika Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Beliau mendakwa projek bernilai RM214.2 juta itu diperoleh secara terus oleh Opcom daripada Telekom.

"Jadi, saya ingin SPRM siasat sebarang kemungkinan salah guna kuasa dan rasuah kerana Telekom merupakan syarikat berkaitan kerajaan manakala Kementerian Kewangan berada dalam jawatankuasa tender," katanya kepada pemberita selepas selesai memberi keterangan dan membuat laporan di ibu pejabat suruhanjaya itu di sini.

Ketika ini Dr Mahathir merupakan Pengerusi PPBM dan Mukhriz pula adalah Timbalan Presiden parti itu.

Mohamad Taufik yang turut menyerahkan beberapa dokumen bagi menyokong laporan yang dibuatnya, berkata beliau bertindak demikian bagi membersihkan PPBM daripada sebarang unsur negatif sepertimana konsep ketelusan, tolak rasuah dan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan pemimpin parti.

Tiada ulasan: