Jumaat, 23 Jun 2017

Dr Seng Giaw Serlahkan Sifat ‘Tokong’ Guan Eng





Penafian Dr Tan Seng Giaw bahawa beliau sukar dihubungi sepertimana yang didakwa oleh Lim Guan Eng menyerlahkan sifat ‘tokong’ Setiausaha Agung DAP itu.

Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir berkata sikap ‘tokong’ yang dimiliki oleh Guan Eng sudah lama diperkatakan, namun krisis dalam Dr Seng Giaw-Guan Eng itu menyerlahkan lagi sifat tersebut.

“Istilah “tokong” ini bukan rekaan penulis tetapi istilah sama digunakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, (Dr Mansur Othman) dari PKR yang mahu menunjukkan betapa angkuhnya Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam menjalankan tugasnya.

“Akibatnya hari ini Dr Mansor bukan lagi Timbalan Ketua Menteri,”katanya dalam Facebook.

Justeru, Roslan Shahir berpendapat tindakan Dr Seng Giaw yang melawan arus kepimpinan DAP pusat itu mungkin mengundang bencana sepertimana kes-kes pemimpin DAP sebelum ini.

“Febuari lalu 4 pemimpin DAP Melaka termasuk ahli Parlimen Kota Melaka dan 3 ADUN nya bertindak keluar parti.

“DAP memecat ADUN Teluk Datuk Selangor dan sebelumnya bekas ADUN Teratai.

“Dan ikut rentetan sejarah pergolakan dalaman DAP bukan perkara baru. Ramai yang dipecat dan disingkir apabila sahaja bertindak lawan arus dan menentang “tokong” besarnya yang memegang jawatan Setiusaha Agung.”

Roslan Shahir berpendapat sifat Guan Eng mengemudikan DAP hampir sama dengan bapanya, Lim Kit Siang ketika memegang jawatan Setiausaha Agung DAP selama 30 tahun yang lalu.

“Dulu ketika ayahnya (berjawatan) Setiausaha Agung DAP beberapa pimpinan DAP yang tidak berpuas hati dengan style kepimpinan Kit Siang yang dikatakan otokratik telah melancarkan kempen ‘KNOCK OUT KIT SIANG‘ atau KOKS.

“Usaha menjatuhkan Kit Siang gagal dan akhirnya ramai yang menentang menjadi mangsa.

“Fan Yew Teng, Dr Kua Kia Soong, Hu Sepang, Liew Ah Kim, Wee Choo Keong, Lee Lam Thye adalah antara nama yang boleh disebut.

“Dari ayah ke anak ternyata jawatan Setiausaha Agung DAP adalah yang paling berkuasa dan siapa sahaja yang cuba tegur dan kritik walau berasas akan jadi mangsa.”

Jika Guan Eng berjiwa besar sepatutnya beliau tidak melenting dengan teguran ikhlas daripada Dr Seng Giaw berkenaan dengan kurangnya ‘kehijauan’ di Pulau Pinang itu, kata Roslan Shahir.

“Ringkas sahaja teguran Dr Seng Giaw bahawa pantai negeri itu sudah berubah dan hutannya tidak hijau lagi. Rakyatnya seramai 850, 000 itu perlukan rumah dan pekerjaan.

“Tapi bagi Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang ianya melampau dan keterlaluan lalu diseranglah Dr Seng Giaw. Kononnya Dr Seng Giaw kini sudah tidak lagi dapat dihubungi.

“Apa maksud beliau?

“Adakah tokong mahu mengatakan Dr Seng Giaw sudah belayar jauh keluar dari arus perdana DAP … tidak lagi taat dan sembah beliau sebagai tokong?

“Guan Eng memberitahu wartawan bahawa tindakan dalaman akan diambil terhadap Dr Seng Giaw.
“Demikianlah suasana dalam DAP. Nak selamat dan lama dalam parti hujanilah tokong dengan puja dan puji. Jangan sekali-kali mencabarnya walaupun berasas.

“Itu baru di KOMTAR bayangkan jika di Putrajaya.

“Selamatkan agama, bangsa dan negara dari pimpinan seumpama ini.”

Tiada ulasan: