Isnin, 19 Jun 2017

Beli Rantai Berlian , Mo1 Guna Dana Rakyat Untuk 'Hiaskan' Isterinya

 
Oleh Dato' Saifuddin Nasution Ismail

Rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi dengan pendedahan yang dibuat oleh Jabatan Keadilan (DOJ), Amerika Syarikat (AS) yang akhirnya menyerlahkan apa yang berlaku terhadap wang AS$620 juta yang dipulangkan Malaysian Official 1 (MO1) kepada “penderma”.

Dalam saman sivil pelucuthakan terbaru, DOJ berkata sekurang-kurangnya AS$27.3 juta digunakan untuk membeli loket dan rantai berlian 22 karat berwarna merah jambu untuk isteri MO1.


Ia juga mendakwa “derma” yang dipulangkan itu digunakan oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low untuk membeli gambar bernilai AS$750,000 sebagai hadiah kepada pelakon Hollywood, Leonardo DiCaprio.

1. Semakin lama pendedahan yang dilakukan DOJ semakin menarik minat negara luar, sedangkan MO1 yang didakwa dalam kes saman sivil seolah-olah mendiamkan diri daripada dipersalahkan dan tidak berperasaan.

Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1.

Tahun lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Rahman Dahlan berkata MO1 merujuk kepada Datuk Seri Najib Razak tetapi menegaskan Perdana Menteri bukan sebahagian daripada siasatan itu.

2. Dakwaan yang dibuat DOJ ini telah menjadikan kes 1MDB sebagai 'drama' yang hebat sehingga melibatkan negara-negara luar sedangkan, negara Malaysia masih menafikan dakwaan yang dibuat DOJ dan mempertahankan MO1 yang sebenar yang ada dalam negara kita.

Pihak berkuasa juga diam seribu bahasa tanpa berbuat apa-apa tindakan lanjut.

3. Dalam saman tahun lalu, DOJ berkata sejumlah AS$731 juta yang didakwa diseleweng daripada 1MDB mengalir ke dalam akaun peribadi MO1. Ini termasuk ASS$681 juta yang dipindahkan pada Mac 2013.

Bagi saya, perkara ini sangat memalukan buat rakyat Malaysia, mereka semakin tertekan dengan permasalahan ekonomi seperti kos sara hidup, sedangkan duit rakyat sewenang-wenangnya dibelanjakan.

4. DOJ mempunyai fakta yang terperinci mengenai aliran tunai wang tersebut.Sebahagian daripada wang tersebut dinyatakan dalam bentuk pembelian barang perhiasan khas untuk isteri MO1.

Bagi saya, ini sesuatu yang amat memalukan apabila pihak luar sibuk menjalankan siasatan terhadap Malaysia namun tiada sebarang kerjasama yang dapat diberikan daripada pihak kerajaan kita.

Malah peguam Negara, Tan Sri Apandi Ali terus menerus menafikan kenyataan itu dengan berkata ia adalah sumbangan peribadi daripada kerabat diraja Arab Saudi.

5. Usaha kerajaan untuk menangkap MO1 sebagai penyamun dan perompak wang negara langsung tidak dilakukan.

Ini menunjukkan kerajaan berusaha menyelamatkan kedudukan MO1.Nampaknya, kerajaan akan berusaha untuk terus melindungi perompak nombor satu negara dan membiarkan wang rakyat terus dirompak demi kepentingan peribadi.

*Dato' Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung Parti KEADILAN Rakyat
 
 

Tiada ulasan: