Rabu, 21 Jun 2017

Bajet 2018 perlu pertimbang kenaikan tiga peratus gaji penjawat awam - Cuepacs

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Kerajaan digesa melakukan pertimbangan kenaikan gaji asas penjawat awam sebanyak tiga peratus menerusi Bajet 2018.
 
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda menyifatkan kenaikan itu akan meringakan beban 62,000 penjawat awam dan kategori B80 yang kini terkesan dengan kenaikan kos sara hidup.
 
"Kenaikan kos sara hidup meningkat sebanyak lapan peratus dan keadaan itu menjadi antara faktor penjawat awam berpendapatan rendah dibelenggu hutang.
 
"Sebab itu kita mahu cadangan kenaikan gaji ini diberi perhatian sewajarnya demi memberi kelegaan kepada penjawat awam terutamanya mereka yang berada ditahap gaji minima RM1,200 sebulan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan kongres kesatuan itu semalam.
 
Beberapa insentif lain juga termasuk Elaun Perkhidmatan Awam (COLA), Elaun Kenderaan dan Elaun Wilayah dikaji semula dan memperbaharui kadar bayaran.
 
"Ketika ini kadar elaun COLA yang diterima penjawat awam adalah berbeza-beza dan kita mahu ia dilihat semula dan diselaraskan pada pengumuman bajet akan datang," kata Azih lagi.
 
 

Tiada ulasan: