Selasa, 20 Jun 2017

Aldi sudah berhenti merokok!

SINAR ONLINE


Aldi sudah berhenti merokok!
Aldi Rizal

SUMATERA - INDONESIA. Masih ingat lagi Aldi Rizal, seorang kanak-kanak yang ketagih merokok suatu ketika dahulu? Rupanya-rupanya Aldi sudah lama berhenti merokok.

Ketika berusia dua tahun, foto Aldi merokok dan ceritanya 'mengamuk apabila tidak diberikan rokok' ketika berusia dua tahun tular di laman sosial.

Aldi yang kini berusia sembilan tahun telah berhenti menghisap rokok empat tahun lalu.

Menurut laporan Sydney Morning Herald, Aldi berhenti merokok dengan bantuan ahli psikologi kanak-kanak, Dr. Seto Mulyadi.

Sebagai permulaan, rokok-rokok yang menjadi 'santapan' Aldi digantikan dengan makanan.

Proses tersebut 'terlalu berjaya' menyebabkan Aldi ditimpa masalah kedua, iaitu berat badannya naik mendadak.

"Selepas berhenti merokok, Aldi makan dengan sangat banyak apabila dia rasa seperti mahu merokok," kata ibu Aldi, Diana.

"Aldi akan makan tiga kaki ayam dalam satu hidangan, tiga mangkuk bakso sekaligus, minum susu sekali waktu pagi dan sekali lagi pada waktu malam.

"Kalau kemahuannya tidak diturutkan, Aldi akan mengamuk. Ketika itu berat badannya memang tidak terkawal," jelas Diana.

Namun setelah saiz badannya kerap menjadi ejekan rakan sebaya, Aldi berjaya mengawal nafsu makannya dan kini mempunyai berat badan normal.

Tiada ulasan: