Khamis, 22 Jun 2017

Ahli perniagaan didakwa masuk jari dalam faraj

MALAYSIAKINI


Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan hubungan seks menggunakan objek terhadap seorang wanita.

Yap Jin Keang, 37, dituduh memasukkan jari ke dalam faraj seorang pereka grafik 26 tahun dalam sebuah kereta dekat Menara Felda, Kuala Lumpur pada petang 14 Mei lalu.

Pengakuan tertuduh dilapor dibuat selepas pendakwaan terhadapnya dibacakan di hadapan hakim M Kunasundary.

Pertuduhan itu dibuat bawak Seksyen 377CA Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman 30 tahun penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Timbalan pendakwa raya Liyana Zawani Mohd Radzi sebagai pendakwa tidak membenarkan jaminan kerana Yap turut mempunyai kes lain.

Mahkamah juga menolak jaminan terhadapnya dan menetapkan tarikh 12 Julai untuk sebutan kes.


Tiada ulasan: