Jumaat, 23 Jun 2017

15 rumah rosak akibat ribut

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
KULIM: Sebanyak 15 rumah rosak akibat dilanda ribut bersama hujan lebat di sekitar Pekan Sungai Kob, Mukim Karangan dekat sini, petang semalam.
 
Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim Mohd Zarir Khozali berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu menyebabkan empat  daripadanya rosak pada bahagian bumbung setelah diterbangkan angin kencang di Kampung Baru.
 
"Kejadian itu turut berlaku di Taman Mutiara dan sekitar. Tiga kereta di sekitar pekan dan kawasan kampung serta taman perumahan juga rosak dihempap beberapa pokok yang ditumbang akibat ribut ini," katanya kepada Bernama.
 
Mohd Zarir berkata JKM telah pun membekalkan barangan keperluan asas kepada keluarga mangsa terlibat sebagai bantuan awal kepada mereka.
 
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Saleh Man, 56, ketika dihubungi berkata terdapat pokok durian ditanam penduduk kampung tumbang dan ada buah durian putik yang sudah matang, gugur akibat angin kencang selain kerosakan rumah penduduk.-- BERNAMA

Tiada ulasan: