Khamis, 25 Mei 2017

Taksub Anwar, Syed Saddiq Lebih Baik Tutup Mulut – AMK

Suara Kebenaran



Sebagai budak mentah yang dibawa masuk ke dalam politik secara ad-hoc, Ketua Armada, Syed Saddiq ini lebih baik menutup  mulutnya dari bercakap perkara yang dia tidak tahu.

Kenyataan ini lanjutan surat terbuka budak mentah ini kepada semua pimpinan DAP, PKR dan Amanah, dimana Syed Saddiq menuduh PKR terlalu taksub dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan cuba memalukan Tun Mahathir dengan placard “Anwar PM Ke 7” yang dijulang dengan megahnya di akhir Kongres AMK Ahad lepas.

Cara Syed Saddiq seolah-olah menjadi kesalahan untuk taksub kepada individu tertentu, yang dia taksub kepada Tun Mahathir tak mengapa pulak?

Anwar adalah pejuang sejati.  Pernah duduk di tempat antara tertinggi dan kemudian dikonspirasi sehingga jatuh mendadak, ditahan, dipenjara dan dianiaya.  Najib mengambil peluang meniru apa yang pernah dilakukan Tun Mahathir terhadap Anwar lebih 17 tahun lepas dengan mengadakan konspirasi liwat 2.

Justru, adakah salah menaksubi Anwar?  Anwar memang layak ditaksubkan seperti mana Syed Saddiq sendiri taksub kepada Tun Mahathir.

Tiada ulasan: