Isnin, 29 Mei 2017

Pulau Pinang Akan Bagi Bonus 3 Bulan Gaji

Caspian



Berita gembira buat penjawat awam di Pulau Pinang sempena menyambut Ramadhan dan Syawal yang akan menjelma pada penghujung bulan Jun nanti.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai memberitahu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedang mempertimbangkan untuk memberi bonus kepada semua kakitangan awam di negeri berkenaan antara 3 hingga 4 bulan gaji.

Di katakan, bayaran bonus ini akan dibuat pada 15 Jun yang akan datang dan akan melibatkan kira-kira hampir 5,000 orang penjawat awam di negeri ini.

Langkah ini dilihat sebagai susulan kepada kemurahan hati kerajaan Negeri Selangor yang memberikan bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 174 ribu orang kakitangan awam di negeri berkenaan.

Menurut sumber, CM Lim dilihat cukup teruja untuk melaksanakan bonus berkenaan dan ianya dilihat jauh mengatasi apa yang diberikan oleh kerajaan BN yang hanya memberikan RM 500 sahaja untuk semua kakitangan yang berkhidmat.

Inilah bukti kesungguhan CM Lim dalam membela nasib kakitangan awam di negeri Pulau Pinang. Justeru, untuk kesemua hampir 5,000 orang pekerja, mereka kini sudah boleh memikirkan perancangan hari raya mereka pada masa akan datang.

Tiada ulasan: