Selasa, 23 Mei 2017

PKR Tidak Perlu Lagi Pujuk PAS – Anwar



Dalam satu perutusan Anwar Ibrahim yang dibacakan anaknya, Nurul Izzah dalam Kongres Nasional PKR pada Ahad, Ketua Umum PKR menyeru ahli-ahli parti itu agar tidak perlu lagi memujuk PAS sebaliknya menumpukan perhatian ke arah memperkasakan Pakatan Harapan.

“Keputusan tersebut dapat diduga melihatkan pendirian parti tersebut beberapa tahun kebelakangan yang lebih lunak dengan Umno.

“Namun kita merasa kecewa kerana kenyataan yang menyelar pendirian PKR, malah mengelirukan berkaitan RUU 355. Sandiwara menarik berulang…” kata Anwar yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya.

Walaupun kecewa dengan keputusan PAS itu, Anwar berkata sudah sampai masanya untuk PKR tidak perlu lagi memikirkan persoalan PAS dan mengorak langkah baru tanpa parti Islam itu.

“PKR tidak perlu berhempas pulas dalam isu tersebut. Tumpuan sekarang adalah menerima kenyataan terkini dan terus mengangkat keupayaan jemaah,”katanya lagi.

LIHAT VIDEO DI SINI

Tiada ulasan: