Selasa, 23 Mei 2017

Perak tangguh larangan penggunaan plastik dan polisterin

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SERI ISKANDAR: Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini sehingga satu kajian menyeluruh mengenai pengunaan kedua-dua bahan itu selesai dilakukan.
 
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri tidak boleh melarang penggunaan plastik dan polisterin tanpa memberikan penyelesaian alternatif walaupun pengumuman mengenai larangan itu dibuat tahun lepas.
 
"Kita perlu melihat beberapa aspek lain dan tidak boleh sewenang-wenangnya melarang penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini tanpa memberi alternatif lain," katanya pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017 di Universiti Teknologi MARA di sini, pada Isnin.
 
Zambry berkata beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria untuk menjalankan kajian terperinci dan mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkaitan berhubung perkara itu.
 
Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak April tahun lepas, Muhammad Amin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri itu mulai 1 Jun ini dalam usaha memelihara alam sekitar.
 
Muhammad Amin berkata sebagai alternatif kepada penggunaan plastik dan polisterin, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan kertas atau bahan boleh diurai selain memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang memberi kerjasama melaksanakan inisiatif Perak bebas plastik dan polisterin.
 
 

Tiada ulasan: