Jumaat, 26 Mei 2017

Nurul Ilham Anwar terkejut polis siasat kes dua tahun lepas

Oleh Diyana Ibrahim
Nurul Ilham Anwar terkejut polis siasat kes dua tahun lepas
Setelah dua tahun kehadirannya dalam perhimpunan solidariti untuk bapanya, Nurul Ilham Anwar (kiri) baru kini disoal siat polis. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal,
 
Nurul Ilham Anwar terkejut apabila polis menyiasat kehadirannya dalam sebuah perhimpunan soladariti bapanya yang berlaku dua tahun lepas.

"Saya amat terkejut apabila disiasat berhubung kes dua tahun lepas kerana menghadiri perhimpunan soladariti membebaskan ayah saya sejurus selepas dipenjarakan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR Petaling Jaya.

Terdahulu, keterangan Nurul dirakam pengawai penyiasat Balai Polis Klang Selatan.

Soal siasat itu berlangsung selama 10 minit, tetapi Nurul memilih untuk tidak menjawab soalan tersebut.

Nurul berkata tindakan polis menyiasat kes dua tahun lepas di bawah Seksyen 9 Akta Perhimpunan Aman seolah cubaan memberi tekanan ke atas dirinya dan keluarga kerana komitmen mereka untuk berjuang membebaskan bapanya.

"Ketika saat inilah kami dapat memahami tekanan dan dugaan yang dihadapi ibu kami.

"Demi ayah dan ibu kami serta rakyat Malaysia yang menjadi mangsa kami ingin meneruskan pengorban ini dengan hati yang rela."

Sementara itu Ahli Parlimen Kapar G Manivanan yang mewakili Nurul sebagai peguam berkata anak guamnya itu hadir sebagai peserta dalam acara tersebut pada 15 Februari 2015.

"Laporan dilakukan timbalan polis Klang Selatan pada hari sama acara tersebut (berlaku).

"Kita tidak pasti siapa yang anjurkan soladiri tersebut tapi Nurul hadir atas kapasiti sebagai peserta setelah dijemput."

Beliau berkata, polis penyiasat juga memberitahu bahawa beberapa peserta acara tersebut juga disiasat sebagai saksi tapi tidak mendedahkan identiti mereka.

Tiada ulasan: