Sabtu, 29 April 2017

Ribut landa kawasan Muktamar PAS, 18 dilapor cedera

MALAYSIAKINI

Sekumpulan orang dilaporkan cedera selepas ribut melanda khemah di kawasan berlangsung Muktamar tahunan PAS di Alor Setar awal malam tadi.

"Gerai (terjejas). Khemah telah dilanda ribut," kata Ketua Penerangan PAS Nasruddin Hassan kepada wartawan melalui mesej WhatsApp.

Menurut Penolong Pengusaha Bomba,Mohamad Firdaus Isa, sekurang-kurangnya 18 orang cedera dalam kejadian yang berlaku kira-kira 7 malam tadi.

Seramai 13 orang dihantar ke hospital, manakala lima yang lain dirawat sebagai pesakit luar di lokasi kejadian.

Sementara itu, ambulan dan jentera pemadam kebakaran dilihat tiba di tempat kejadian yang telah ditutup kepada orang ramai.

Kakitangan yang bertugas berkata, semua program yang dijadual pada malam ini dibatalkan, kecuali majlis makan malam.

Tiada ulasan: