Sabtu, 29 April 2017

Proses undian pemilihan PAS bermula

Oleh Syed Mu'az Syed Putra, Shuhaniza Said, Ainor Rahim
Post Pic
ALOR SETAR: Proses undian bagi menentukan barisan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) baru PAS Pusat sempena Muktamar Tahunan Ke-63 bermula sebentar tadi di Kompleks PAS Kedah.
Keputusan rasmi akan diumum pada hari terakhir persidangan.
Proses pemilihan kali ini mencatat sejarah kerana buat pertama kalinya dilakukan menerusi sistem undian elektronik menggantikan kaedah tradisional sebelum ini.
Untuk pemilihan kali ini, jawatan presiden dan timbalan presiden telah dimenangi tanpa bertanding oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
 Kedua-duanya adalah penyandang jawatan.
Tiga jawatan naib presiden bagaimanapun akan menyaksikan pertandingan empat penjuru menyaksikan penyandang jawatan termasuk Idris Ahmad, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Datuk Iskandar Abdul Samad  berdepan seorang pencabar baru.
Mereka akan dicabar bekas Ketua Pemuda PAS Pusay Nasrudin Hassan yang juga merupakan Ahli Parlimen Temerloh.
Seramai 1,231 perwakilan bakal menentukan nasib empat calon ini.
Sementara itu, bagi kerusi-kerusi Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, sebanyak 14 calon akan bertanding untuk merebut 12 tempat

Tiada ulasan: