Ahad, 23 April 2017

Orang Asli menang di mahkamah Kota Bharu, kekalkan tanah milik mereka

 ZIKRI ABDULLAH

Jurucakap Orang Asli Mustafa Along bercakap kepada media selepas mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka hari iniJurucakap Orang Asli Mustafa Along bercakap kepada media selepas mahkamah membuat keputusan menyebelahi mereka hari ini

Mahkamah tinggi Kota Bharu memutuskan memihak kepada Orang Asli dalam kes Belatim hari ini.

Pihak mahkamah bersetuju dengan tuntutan mereka yang mahu tanah yang diserahkan pihak Ladang Rakyat (syarikat milik kerajaan negeri) kepada pemaju diisytiharkan tidak sah.

Pihak mahkamah juga mengarahkan semua perjanjian antara pihak Ladang Rakyat dan pemaju dibatalkan.

Jurucakap Orang Asli, Mustafa Along yang bercakap kepada media melahirkan kesyukuran atas keputusan bersejarah itu.

"Kami Orang Asli amat bersyukur dengan keputusan ini dan berharap pada masa depan kami dirundingi bersabit pembangunan hutan.

"Kes ini telah berlarutan sejak 2011 dan keputusan hari ini amat bermakna," katanya.

Berkenaan isu penghadang yang melibatkan pertembungan antara Orang Asli, Mustafa berkata keputusan ini menyebelahi mereka.

"Ini menunjukkan usaha kami menghalang pembalakan adalah betul dan kami akan teruskan usaha pertahankan hutan.

"Apa yang kami buat adalah untuk menjaga alam sekitar dan sepatutnya disokong oleh semua pihak," katanya.
Che Ibrahim Mohamed mengalu alukan keputusan mahkamahChe Ibrahim Mohamed mengalu alukan keputusan mahkamah Sementara itu Amanah Kelantan menyifatkan keputusan tersebut menyebelahi kebenaran yang sepatutnya diperolehi masyarakat orang Asli.

"Merekalah penduduk sebenar hutan sejak turun temurun dan tentulah hak mereka tidak boleh dipertikaikan.

"Pihak pentadbiran kerajaan mesti mengkaji semula sebarang keputusan berkaitan kawasan hutan dengan memberi perhatian kepada orang Asli," kata naib pengerusi Amanah Kelantan, Che Ibrahim Mohamed kepada media selepas mendengar keputusan berkenaan.

Keputusan ini juga kata beliau membabitkan kawasan tanah rizab Melayu yang melibatkan kawasan yang diduduki Orang Asli.

"Akta tahah rizab Melayu 1934 juga harus tidak boleh digunapakai di kawasan mereka jika keputusan hari ini diambil kira.

"Memang realitinya pendudukan Orang Asli di tempat sekarang jauh lebih lama sebelum kewujudan akta ini," katanya.


Tiada ulasan: