Sabtu, 29 April 2017

‘Kuman politik’ tidak mampu putuskan hubungan akrab K’jaan Sabah

Berita Daily Staff

Mana-mana pihak sama ada individu atau tokoh tidak akan mampu merosakkan atau memutuskan hubungan yang cukup rapat itu yang telah terjalin sejak sekian lama

SIPITANG: Timbalan Perdana Menteri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan hubungan akrab kerajaan Sabah dan kerajaan Persekutuan tidak mampu diganggu-gugat oleh mana-mana pihak termasuk “kuman politik”.

Beliau yakin mana-mana pihak sama ada individu atau tokoh tidak akan mampu merosakkan atau memutuskan hubungan yang cukup rapat itu yang telah terjalin sejak sekian lama.

” Rugilah jika ada orang, individu atau tokoh atau ‘kuman politik’ yang cuba untuk merosakkan hubungan yang cukup baik ini.

“Yakinlah, saya ingin menegaskan, sebagai orang yang membantu Perdana Menteri (Najib Razak), tidak ada orang yang boleh memutuskan hubungan yang baik ini yang sudah sekian lama terjalin.

“Tidak ada sesiapa yang boleh memutuskannya. Usahalah bagaimana, kecuali dengan izin Allah Taala,” katanya ketika berucap merasmikan Festival Antarabangsa Gasing dan Tamu Besar (GATA) Sipitang 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Sabah Musa Aman, Timbalan Ketua Menteri Sabah Yahya Hussin, Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak Awang Tengah Ali Hassan dan Pengerusi Jawatankuasa Induk Festival Antarabangsa GATA 2017 Sipitang Sapawi Ahmad.

Tiada ulasan: