Selasa, 25 April 2017

Ku Nan jangan merapu, cakap guna fakta

04-01-tinjauan-harga-barang-shuaib

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM: Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor disaran berhenti merapu dan mula berhujah berdasarkan fakta.

Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Lau Weng San berkata, menteri Umno itu seharusnya lebih maklum kenaikan harga makanan sebahagian besarnya didorong kos pengangkutan dan bahan api yang tinggi.

“Saya menggesa Tengku Adnan untuk membaca dan bercakap dengan fakta kerana kadar inflasi terbaru 5.1 peratus sebahagian besar disumbangkan kos pengangkutan dan bahan api lebih tinggi, bukan disebabkan harga makanan atau minuman.

“Jika dia tidak boleh melakukan kemahiran paling asas sebagai menteri iaitu membaca, saya cadangkan beliau meletakkan jawatan,” katanya menerusi status dikongsikan di Facebook, semalam.

Pada 23 April lalu, Tengku Adnan mendakwa institusi pengusaha makanan sedia ada kini dianggotai pemimpin parti pembangkang seterusnya mengenakan caj mahal kepada pengguna.

lau-weng-san

Setiausaha Agung Umno itu juga berkata, persetujuan penetapan harga makanan ditentukan institusi pengusaha makanan.

Pada 19 April lalu, Reuters melaporkan inflasi Malaysia meningkat kepada 5.1 peratus pada Mac, iaitu kadar tertinggi dalam tempoh lapan tahun sejak November 2008.

Peningkatan tinggi itu eoran asas kiraan rendah dan kenaikan harga bahan api berbanding tahun sebelumnya.
Pada Februari, kenaikan harga barangan pengguna hanya sekitar 4.5 peratus.

Tiada ulasan: