Rabu, 19 April 2017

DAP 'pening kepala' dengan foto 'pasangan bercumbu'

MALAYSIAKINI
 


Pencalonan dua ahli DAP Melayu berprofil tinggi pada pilihan raya umum akan datang menjadi tanda tanya selepas satu siri gambar-gambar yang memaparkan mereka dalam kedudukan intim diedarkan secara meluas.

Lelaki dalam gambar itu mirip Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari, 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Beliau bagaimanapun menafikan bahawa dirinya dalam gambar berkenaan.

"Bukan, itu bukan saya. Ia jelas satu lagi percubaan untuk memfitnah saya dengan serangan peribadi.
Ia adalah palsu," kata Zairil kepada Malaysiakini melalui mesej pesanan teks.

Wanita dalam gambar itu yang mirip Dyana Sofya Mohd Daud, masih belum mengesahkan atau menafikan jika sesungguhnya beliau adalah individu yang dirakamkan tersebut.

Siri gambar itu - memaparkan seorang lelaki dan seorang wanita di sebuah restoran, di mana sekeping daripadanya menggambarkan pasangan itu sedang bercumbu - menjadi tular di kalangan kumpulan sembang WhatsApp dan laman web pro-BN semalam.

Siri gambar itu - set ketiga yang diedarkan di alam maya yang mendakwa kedua-dua mereka mempunyai hubungan sulit, juga dimuat-naikkan oleh Datuk Rizal Mansor, pembantu kepada isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Datin Seri Rosmah Mansor.

“Perlu SD kah untuk membuktikan kisah ini?" soalnya dalam posting Facebook.

Beberapa akhbar arus perdana turut menerbitkan semula gambar-gambar itu hari ini. Ini bukan kali pertama, gambar-gambar yang didakwa memaparkan pasangan itu timbul.

Ketika ini, terdapat ‘cakap-cakap’ di kalangan pemimpin DAP bahawa apa yang berlaku menyebabkan kesipuan kepada parti itu dan mungkin menjejaskan pencalonan pasangan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Tak sah, tak nafi

Pada masa ini, kepimpinan DAP Pulau Pinang dan Perak memberi bayangan bahawa pencalonan mereka, sehingga hari ini belum ada kepastian dan mungkin akan disentuh dalam perbincangan nanti.

Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, ketika dihubungi berkata beliau akan mengaerahkan Zairil untuk "memberi penjelasan" tidak lama lagi dan menasihatkannya supaya berdepan dengan media.

Mengenai sama ada pemimpin DAP Pulau Pinang akan membincangkan sekiranya gambar-gambar berkenaan akan menjejaskan pencalonan semula Zairil sebagai seorang wakil rakyat, Chow berkata perbincangan akan didakan "jika perlu".

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata pencalonan Dyana Sofya untuk bertanding di kerusi parlimen Teluk Intan pada pilihan raya umum akan datang akan ditentukan oleh pucuk pimpinan DAP pusat.

"Saya serahkan kepada pucuk pimpinan parti untuk buat keputusan. Zairil telah berulang kali menafikan (gambar-gambar sebelum ini) tetapi foto keluar berterusan, jadi adalah lebih baik media mendapat jawapan dari mulut mereka sendiri," kata Nga kepada Malaysiakini.

"Dyana aktif di Teluk Intan dan setiap minggu terlibat dalam program rakyat bersama ADUN (Pasir Bedamar) Terence Naidu. Beliau amat komited untuk berkhidmat kepada rakyat Teluk Intan," katanya.

Dyana, yang juga pembantu Lim Kit Siang, tewas kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan pada tahun 2014.

Beliau semalam, ketika dihubungi, tidak mengesahkan atau menafikan bahawa dirinya  adalah wanita seperti dalam gambar tersebut.

"Ini adalah serangan peribadi ketiga dalam tempoh dua bulan, saya anggap pilihan raya umum dah nak dekat.

"Tak kira siapa dalam gambar dan video-video yang didakwa adalah saya, ini pencerobohan privasi dalam hidup orang itu. Saya sedih budaya politik kita telah sampai ke tahap ini," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau juga berusaha menarik perhatian daripada "serangan dan dendam peribadi" kepada kerja-kerja beliau di Teluk Intan, termasuk mendapatkan dana untuk Pusat Pembangunan Wanita dan membaiki jeti di sana

LIHAT VIDEO DI SINI


Tiada ulasan: