Rabu, 19 April 2017

Chow: Pembatalan projek PBT tindakan diskriminasi

MALAYSIAKINI


Exco kerajaan negeri Pulau Pinang Chow Kon Yeow menyifatkan keputusan kerajaan bagi membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas sebagai tindakan diskriminasi.

Walau bagaimanapun, Chow berkata langkah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu tidak memberi kesan kepada Pulau Pinang.

"Pulau Pinang tidak terjejas, tetapi ia adalah satu bentuk diskriminasi.

"Pengundi akan menjadi hakim terhadap politik diskriminasi seperti itu," kata Chow, yang juga adalah pengerusi DAP Pulau Pinang kepada Malaysiakini.

Beliau mengulas langkah terbaru Menteri KPKT Tan Sri Noh Omar untuk membatalkan membatalkan semua kelulusan projek infrastruktur BP 1 yang merujuk kepada projek berskala kecil di peringkat majlis tempatan di kawasan Parlimen di mana BN tewas.

Ini adalah mengikut pekeliling yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar, yang bertarikh 17 Mac.

Abu Bakar Johar berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat 9 Mac lalu untuk "penyelarasan peruntukan projek BP 1 2017" yang dihadiri oleh Menteri KPKT, Tan Sri Noh Omar bersama datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Malaysia

Tiada ulasan: