Khamis, 23 Mac 2017

Syed Saddiq letak jawatan Ketua Armada PPBM?

MALAYSIA GAZETTE
Syed Saddiq Abdul Rahman

KUALA LUMPUR – Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPM) besar kemungkinan akan meletakkan jawatannya tidak lama lagi.

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikatakan mungkin mengambil pilihan itu kerana mendapat tawaran belajar di Universiti Oxford.

Beliau melalui laman Facebooknya sebentar tadi memaklumkan telah diterima untuk menyambung pelajaran peringkat Sarjana dalam bidang Polisi Awam.

“Ini merupakan satu keputusan yang sukar membincangkannya sama ada untuk meninggalkan bidang politik buat sementara waktu di saat (parti) berdepan dengan saat yang paling penting tahun ini.

“Atau menolak tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke Oxford,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut media sosialnya menasihati tokoh pidato itu memilih menyambung pelajaran daripada politik yang boleh disertai semula selepas tamat belajar.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan: