ANTARAPOS.COM
PERMATANG PAUH: Remaja perempuan yang memandu melawan arus sehingga
menyebabkan seorang pemuda maut dalam kemalangan melibatkan enam
kenderaan kelmarin akan didakwa atas kesalahan dadah di Mahkamah
Majistret Bukit Mertajam di sini esok.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros
Azhan Nik Ab. Hamid berkata, remaja itu akan didakwa di bawah Seksyen 15
(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana positif amphetamine.
Menurutnya, kertas siasatan di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan
1987 pula telah disiapkan dan telah dihantar kepada Timbalan Pendakwa
Raya untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, sumber memaklumkan remaja itu memiliki kad orang kurang
upaya (OKU) masalah pembelajaran yang sah dan didaftarkan pada 2011.
Namun remaja itu dipercayai tidak menampal pelekat OKU pada kereta
Proton Gen2 yang dipandunya yang terlibat dalam kemalangan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan